Sunday, 6 December 2015

# BBM3412 : Indahnya di bulan Ramadhan ...


BBM 3412 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim



NAMA           : JULIA BINTI HISHAR @AZHAR 
NO MATRIK : ( J42998 )


             Subhanallah .......... sedar tak sedar telah lama Ramadhan meninggalkan kita. Begitulah masa berlalu tanpa disedari dan kedatangan Ramadhan memang mengujakan kerana satu bulan ini keadaannya begitu berbeza dari waktu yang lain. Namun masihkah kita ingat lafaz niat puasa Ramadhan supaya perjalanan puasa kita akan diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu diperturunkan lafaz niat puasa boleh juga menjadi catatan buat anak2 akak suatu hari nanti, ..

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan: نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Lafaz Niat Puasa: نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ"
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Akak ni memang dah jadi tabiat gamaknya setiap kali puasa nak jugak buka buku nak baca niat puasa sebulan Ramadhan sebab macam tak confident dengan diri sendiri maalumler setahun hanya sekali.. tapi niat tiap-tiap hari tu ok. Jadi dikesempatan ini akak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, semoga ibadah kita akan diterima olehNya...

Puasa jangan tak puasa tau... kerana banyak manfaat yang diperolehi dan antaranya ialah:-

♥ Puasa membuang racun :- Berpuasa selama 30 hari dapat membuang racun pada tubuh melalui kolon, ginjal, paru-paru, kelenjar dan kulit. Sepanjang masa makanan tidak masuk ke dalam tubuh, lemak akan bertukar menjadi tenaga akan melepaskan zat kimia yang berasal dari asid lemak ke dalam sistem dan keluar melalui organ pembuangan.

♥ Puasa menurunkan Berat Badan ~ ini nak dengar nikan... Tubuh secara automatik mencari sumber tenaga yang semakin berkurangan selama kita berpuasa iaitu lemak . Wow ini sudah baguihkan tak perlulah kita menghabiskan duit kita ke pusat perlangsingan namun beringatler pulak masa berbuka tu janganlah terlebih sudah!! dahler pahalapun kurang berat badan bertambah lagi adalah...Ada lagi macam2 manfaatnya cukuplah yang dua tu sebab rasanya itupun memadai rasanya. Namun jangan lupa bersahur yer.. jangan malas-malas tau ini penting sekali..

Dari 'Amru bin Al-'As r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w "Perbezaan di antara puasa kita (Muslim) dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur". (Riwayat Muslim).Maka marilah kita bangun untuk makan sahur kerana perbuatan ini membezakan kita dengan Yahudi dan Nasara dan padanya mempunyai barakah dna bertepatan dengan sunnah Nabi kita. Baginda bersabda : "Makan sahur itu barakah maka janganlaah kamu meninggalkannya walau sekadar meneguk beberapa teguk air kerana Allah Taala dan para Malaikat sentiasa merahmati orang-orang yang bersahur"

 (Riwayat Imam Ahmad)..

Teringat kecik-kecik dulu emak memang penatlah nak menyuruh kami bersahur dan kalau boleh nak makan sambil tidurjer... tapi mak akak memang memberatkan soal bersahur  ni. Rasa2nya bersahur ni akak hanya menyediakan nasi goreng dengan lauk samada telur dadar, ayam goreng, ikan masin @ nugget. Sekali-sekali makan roti arab dan bubuh di dalamnya salad, tomato, karot, timun dan juga ayam (dicarik-carik)@ sardin @ tuna... best pulakni, tak sabar nak puasa...

Oklah rasanya semuapun dah tak sabar nak menyambut Ramadhan dan semoga kita akan memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan beribadat sebanyak mungkin dan semoga Ramadhan ini akan menjadi permulaan baru kepada kebahagiaan dan kesejahteraan kita semua....

Friday, 27 November 2015

BBM 3412 VIDEO ONE SHOT CANDAK


BBM 3412 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim



NAMA           : JULIA BINTI HISHAR @AZHAR 
NO MATRIK : ( J42998 )

Mendapat tugasan dari Dr Normaliza untuk subjek BBM3412....
Setelah puas meminta pendapat dan berbincang akhirnya lagu Candak dari Syura ini yang pilih..

Melalui tugasan ini banyak perkara baru yang saya pelajari. Sukar juga bagi saya untuk membuat video ini memandangkan ini adalah kali pertama melakukannya. Terutama faktor kengkangan masa untuk bertemu ahli kumpulan yang lain, akhirnya kami mengambil keputusan untuk membuat tugasan ini secara individu. Namun bertuahnya saya, kerana mendapat sokongan daripada adik-adik dan anak-anak. Akhirnya terhasillah video one shoot ini.




Semoga usaha yang terhasil ini memenuhi dan menepati kehendak Dr Normaliza.....

Tuesday, 24 November 2015

# BBM 3412 Mari berpantun


 BBM 3412 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim



NAMA           : JULIA BINTI HISHAR @AZHAR 
NO MATRIK : ( J42998 )


Assalamualaikum....
Catatan saya kali ini adalah untuk satu tugasan mengenai  pantun 4 kerat yang diberikan oleh Dr. Normaliza Abd Rahim.


Emmmm.... Apabila dapat sahaja tugasan ni saya terus mencari contoh-contoh pantun di laman sesawang. Ohh...banyak contoh-contoh dan jenis pantun rupanya.


Jom kita kenali apa yang dikatakan pantun.


PENGERTIAN PANTUN

Berdasarkan asal katanya, pantun berasal dari akar kata patuntun. Ertinya pantun merupakan cara memberikan nasihat kehidupan. Ia sebagai tuntunan dalam menjalani kehidupan dalam semua aspeknya. 

Pantun pada dasarnya sebuah karya sastera yang terikat aturan-aturan persajakan tertentu. Pantun sendiri merupakan bentuk dari puisi lama. 


Secara umum, ciri – ciri pantun sebagai berikut :



1. Tiap bait  terdiri atas 4 baris (larik)
2. Tiap baris terdiri atas 8 sampai 12 suku kata
3. Bersajak silang (a-b-a-b) dan ( a-a-a-a)
4. Baris pertama dan kedua adalah sampiran, sedangkan baris ketiga dan keempat adalah isi.


Bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: 

sampiran dan isi. 

Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut. Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih).

JENIS-JENIS PANTUN

  • Pantun Anak-Anak
  • Pantun Cinta dan Kasih Sayang
  • Pantun Adat Istiadat
  • Pantun Agama
  • Pantun Cerita
  • Pantun Nasihat
  • Pantun Pujian
Pantun Anak-Anak
Pantun anak-anak memiliki suasana yang riang sebagaimana tabiat anak-anak yang suka bermain. Pantun anak-anak juga berisi didikan bagaimana anak agar menjadi manusia yang berbudi pekerti luhur. 

Pergi ke sawah menanam padi
Sawah dibajak dengan sapi
Jadi anak yang baik hati
Tentu tahu balas budi

Pantun Berkasih
Pantun berkasih-kasihan termasuk pantun muda-mudi. Pantun ini merupakan sarana perkenalan, memberi pujian, dan mengungkapkan perasaan. Di bawah ini contoh pantun berkasih-kasihan dari khazanah Pantun Melayu Klasik.
    Jelatik burung di awan,
   selasih di atas peti.
   Sudah cantik bersama padan,
   kasih tersangkut dalam hati.
 Pantun Teka-Teki

Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki atau tebakan. Dalam pantun teka-teki ini biasanya dibutuhkan jawaban atas teke-teki tersebut.
  • Kalau tuan bawa keladi
  • Bawakan juga si pucuk rebung
  • Kalau tuan bijak bestari
  • Binatang apa tanduk di hidung
Pantun Agama

Pantun agama adalah pantun yang didalamnya mengandung kata-kata nasehat atau petuah yang memiliki makna mendalam sebagai sebuah pedoman dalam menjalani hidup, yang biasanya berisi kata kata yang bisa mendorong kita untuk berbuat yang tidak melanggar aturan agama baik untuk kepentingan diri maupun bagi orang lain
  • Kemumu di dalam semak
  • Jatuh melayang selaranya
  • Walau ilmu tinggi tegak
  • Tidak sembahyang apa gunanya