Saturday, 17 April 2010

entahlah.....

Terpanggil untuk mengulas sesuatu yang terkadang tak masuk dek akal...semalam 2 orang murid dari Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Manan, Muar katanya... datang menjual kad yang mengandungi selawat2, surah dan pelbagai lagi....

Bila di tanya untuk apa mereka menjual dARi rumah ke rumah begini.... jawabnya untuk mengumpul dana dan membantu madrasah@ sekolah....

Pelik sungguh, ada ke sekolah yang buat begitu, murid sekolah yang kecil dibiar berniaga dari rumah ke rumah akan mengundang pelbagai risiko.

Saya yang kurang yakin dengan kewujudan madrasah ini terus mencari maklumat , andainya benar wujud...tetapi ternyata tiada walau sudah mengakses di internet. no telefon pun menggunakan no handset sahaja. Sepatutnya sekolah perlu menggunakan talian bukan sekadar handset shj.


Pernah sekali saya lihat seorang kanak-kanak ini yang sedang meminta derma tetapi tidak diendahkan oleh seorang pelanggan. Terlihat di wajah kanak-kanak itu riak wajah yang sedih dan takut. Sedih kerana tidak mendapat apa-apa hasil. Takut kerana tidak tahu apa yang bakal dijawab kepada ‘guru-guru’ mereka sebaik sahaja mereka pulang tanpa apa-apa hasil.

Setiap kali mereka menghampiri saya, saya berasa hiba. Selagi ada wang di dalam dompet, akan saya hulurkan barang Seringgit dua kepada kanak-kanak itu. Pesan saya kepada mereka, “duit ini untuk buat makan, bukan bagi pada cikgu.” Samada mereka akur atau tidak, Wallahua’lam.
Saya sedih, masih ada manusia bersikap binatang yang mempergunakan kanak-kanak ini untuk meraih keuntungan! Masih ada manusia yang menggunakan agama sebagai topeng untuk menghalalkan keuntungan dunia.

Soalan yang sering bermain di minda saya ialah....
1) Adkah sekolah ini berdaftar?
(ii) Apakah ia mempunyai permit untuk mengutip sebarang derma?
(iii) Apakah ia dipimpin oleh guru-guru bertauliah ataupun tidak?
(iv) Adakah sebarang pengauditan dibuat ke atas derma yang dikutip dan diberikan sebarang pengecualian cukai?
(v) Apakah benar wujud madrasah tahfiz ni atau sekadar satu ‘camouflage’ untuk menutup oeprasi hitam pihak-pihak tertentu?

Harapan saya, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sepatutnya bagi menghalang kegiatan seperti ini. Saya tak sangka ada pihak sanggup meninggalkan pelajar yang masih kecil bersendirian untuk menjual barangan dan berkemungkinan boleh membahayakan nyawa pelajar

Hasrat ibu bapa nak hantar anak belajar tahfiz bukannya untuk mengumpul dana. seperti memperalatkan budak-budak untuk menjual majalah atau mencari pendapatan demi persatuan mereka.

Harap-harap kepada pihak yang tidak bertanggung jawab ni fikir-fikirlah keselamatan pelajar-pelajar. Anak kita bukan untuk di jadikan hamba mencari DANA.....