Ramai di antara kita yang sering tertanya-tanya bagaimanakah untuk meningkatkan memori seseorang. Ada di antaranya terus mencuba untuk mecari pelbagai cara untuk mencari pelbagai cara meningkatkan keupayaan ingatan. Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak memahami atau mungkin tidak didedahkan tentang sifat semulajadi ingatan. Oleh itu kita mungkin akan lebih terpengaruh kepada pelbagai syor yang belum tentu ada keberkesannya walaupun, ada sokongan kajian saintifik. Malah ada yang mugkin akan tertipu terus dan membawa padah apabila dengan rela hati memakan suplement-suplement tambahan semata-mata untuk meningkatkan keupayaan.
Albert Einstein seorang pakar fizik ada mengatakan bahawa manusia menggunakan kurang daripada empat peratus keupayaan otak untuk mengingat.
Ingatan manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ingatan pancaindera, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
Ingatan pancaindera hanya bertahan kurang daripada sesaat sahaja sesuai dengan ledakan maklumat dari seluruh pancaindera. Ingatan jangka pendek bertahan antara 10 hingga 20 saat sahaja. Fungsi ingatan ini selalunya hanyalah untuk merakam maklumat dan memerlukan kita melatih diri untuk mengingati sesuatu maklumat.
Seterusnya ialah ingatan jangka panjang akan menyimpan maklumat ini ke dalam otak dan kemudiannya akan dikeluarkan apabila kita perlu mengingat. Oleh itu otak manusia memang telah dicipta untuk mengingat.
Apa yang menjadi masalah selalunya kepada pelajar atau student cam kita ni.... kita akan melonggokkan segala maklumat pada akhir semester atau sesi persekolahan untuk peperiksaan akhir.Kita juga akan menggunakan ingatan pancaindera dan ingatan jangka pendek dengan tahap melebihi paras maksimum.
Keadaan ini akan merosakkan sistem otak kita yang sepatutnya menjalankan tugasnya secara tertib dan mengikut jeda masa yang sesuai. Jika seseorang cuba mengingat sesuatu mata pelajaran yang terlalu banyak tanpa mengikut aturan maka akan terjadi serangan panik dan akhirnya akan menyebabkan seseorang 'blank' waktu 'peksa' , penat tu baca buku.....tetiba tak ingat apa yang telah dibaca.
Harus diingat bahawa jika kita menggunakan daya ingatan kita dengan betul, otak manusia itu dengan sendirinya akan meningkatkan keupayaanya. Sebagai contoh, jika pelajar itu di dalam kelas atau sedang membaca, dia sedang menggunakan ingatan pancaindera dengan banyak. Dia akan cuba faham dan mencatat apa yang difahamkan dan bukannya menghafal semuanya.
Kalau main hafal je tapi tak faham....Hemmm.... sesia je la....
Setelah itu dia akan berlatih untuk mengingat dengan menggunakan ingatan jangka pendek. Ini akan memberi lebih banyak masa kepada otak untuk membina sel otak di bahagian ‘hippocampus’. Di bahagian inilah teletaknya ingatan jangka panjang. ‘Hippocampus’ ini didapati lebih besar kepada orang yang selalu membaca dan berfikir.
Kesimpulannya, kurangkanlah bercakap tapi banyakkan berfikir yang berfaedah....
PENGALAMAN MERUPAKAN PROSES PEMBELAJARAN TERBAIK. Blog ini merupakan satu platform untuk saya berkongsi setitis ilmu buat anak didik di luar sana. Walau ilmu tidak membukit, walau ilmu hanya sedikit, akan saya kongsikan agar yang ilmu yang sedikit ini membukit untuk hidup terus bangkit...
Wednesday, 10 June 2009
Sunday, 7 June 2009
Dunia sekolah...........
Thursday, 4 June 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)