Sunday, 6 December 2009

#BBM3412 : IPGM Kampus Temenggong Ibrahim dalam kenangan.



BBM 3412 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim



NAMA           : JULIA BINTI HISHAR @AZHAR 
NO MATRIK : ( J42998 )










Disinilah tempat aku menyambung pengajian tatkala rakan lain seronok bersama keluarga ketika cuti sekolah.Tetapi aku tidak keseorangan .....



masih ada rakan lain yang bersama berjuang untuk mendapatkan segulung sijil.........
Walaupun kengkadang mengantuk tatkala kuliah, tapi kerjasama sentiasa diberikan apabila aktiviti kumpulan diadakan......
Ni lah blok yang kami tumpang solat.....Terima kasih...kengkawan kat blok D yang selalu kami guna selipar...kengkadang tak mintak izin...tapi kami pulang tau.......
ni bos kita orang.........nak gi jalan-jalan? ???? jom......
ni la orang yang paling berusaha....
wat jadual kitaorg jadi fix.....yang penting balik cepat......thanks kak ina..........
Yang lain ni pulak.... kaki wat kecoh kat dlm class.....tapi best aper......meriah gitu....
Dah nak jadi isteri orang dah bebudak ni...... wah tak macam isteri abang imam lah....hee...he....




best tu possing.......








Friday, 4 December 2009

nak tau rahsia tak?????????

Rahsia Bulan dan Kelahiran

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.

* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.

* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.

* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.

* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, 19 November 2009

# BBM3412 : TAHNIAH ANAK DIDIKKU....

BBM 3412 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim



NAMA           : JULIA BINTI HISHAR @AZHAR 
NO MATRIK : ( J42998 )

BARISAN MURID SRAB YANG MENDAPAT 5A......TAHNIAH DI ATAS USAHA GIGIH ANDA.

Anak angkat UPSR tersayang turut meraih kejayaan dalam UPSR....

Jika anak anda hidup dalam kritikan,
Dia belajar menyalahkan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kekasaran,
Dia belajar melawan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam ketakutan,
Dia belajar menjadi pengecut.

Jika anak anda hidup dalam iri hati,
Dia belajar berasa bersalah.

Jika anak anda hidup dalam kesabaran,
Dia belajar menjadi penyabar.

Jika anak anda hidup dalam galakan,
Dia belajar menjadi yakin.

Jika anak anda hidup dalam pujian,
Dia belajar menghargai.

Jika anak anda hidup dalam persetujuan,
Dia belajar menyayangi diri sendiri.

Jika anak anda hidup dalam kejujuran,
Dia belajar memahami kebenaran.

Jika anak anda hidup dalam keadilan,
Dia belajar menjadi adil.

Jika anak anda hidup dalam keselamatan,
Dia belajar meyakini diri dan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kemesraan,
Dia belajar untuk memahami masyarakat.

Dorothy Law Nolte...
dipetik daripada buku karya
Dr. Shukri Abdullah Ph.D
bertajuk Anakku Bijak Belajar.

Sunday, 15 November 2009

GURU....

Menjadi guru yang mempunyai karomah ( kelebihan/kemuliaan Allah s.w.t)

1. Membaca, memahami dan menghayati Al-Quran
2. Bergaul dengan orang yang baik2
3. Mulut yang sentiasa berzikir dan menuji Allah
4. Bersolat malam
5. Berpuasa dan menjauhi perkara keji

11 perkara yang membuatkan kita disayangi Allah s.w.t

1. Tidak meninggalkan solat
2. Sentiasa sabar - bacalah Suratul Imran ayat 200
3. Bersyukur dan jangan kufur
4. Sangka baik
5. Seri dan ceria
6. Selawat dan zikir
7. Senyum
8. Sunnah - tatacara, etika, disiplin
9. Sedekah dan kebajikan diutamakan
10. Sentiasa berdoa akan kebajikan diri dan orang lain
11. Senang memohon maaf dan memberi maaf

Nota : Motivasi oleh Tuan Haji Ghazali b Hamzah (JPN Selangor)
pada 11 April 2004 di SK Seksyen 17 Shah Alam.

Monday, 9 November 2009

WANITA

Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja memandang walaupun wajahnya tidak secantik mana.

Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah s.a.w., " Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"
' Hadis riwayat Muslim.

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, sekiranya ia menjadi remaja ia akan menjadi remaja yang berkhemah, jika ia menjadi seorang isteri, maka ia akan menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan mengembirakan hati suaminya. Jika ia sebagai ibu pula, dia akan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Manakala dia sebagai hamba Allah, dia akan tunduk dan tawaduk serta patuh hanya kepada yang maha Esa...

Wanita berperibadi mulia adalah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24: "Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun".

Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

GANJARAN KEPADA WANITA:

Ingatlah wahai semua kaum wanita yang bergelar isteri solehah...Bahawasanya seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutup baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa dihisab...
Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu".
Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya, maka ia menggembirakan, apabila suaminya menyuruh ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suaminya dan menjaga kehormatan dirinya.
Ingatlah wahai kaum wanita....

Wanita yang mulia juga adalah di kalangan mereka yang tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki lain yang bukan muhrimnya..kerana mereka tahu Allah s.w.t. melaknat wanita sedemikian itu. Begitu juga memakai pakaian jarang dan menarik nafsu sahwat lelaki memandang, maka ia tidak akan mencium bau syurga.
Ingatlah wahai kaum wanita..

Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu jauhilah segala kejahatan. Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya...maka Allah s.w.t. tidak akan menerima seluruh amalannya.....

Sunday, 18 October 2009

raya.....




bukan main gembira lagi anak2 beraya ngan sepupu nye.






bestnya rayer.....sama keluarga tercinta

anakanda-anakandaku









inilah ragam-ragam anak tersayang.... rindu lak bila berada di maktab

adik tersayang dah kawin...semoga bahagia selalu...








Nila koleksi gambar adik yang telah pun berumah tangga ...penat giler masa majlis kat rumah ari tu 10.10.09

Saturday, 17 October 2009

tugasan kali ni...

Hai kengkawan... ingat tak tugasan kali ni... dah nak dekat naik maktab ni....

1. wat blog en mohd. zain ...pendidikan moral.
lanjut di ibnubadui.blogspot.com

2. wat moviemaker yang mahadir ajorkan tu....
TMK

3. Psikologi pendidikan ...wat pakai tangan jer...
jawab soalan dalam buku psikologi dan soalan yang diberikan semasa dalam class

4. cari maklumat pasal permainan hoki pas tu gabung 1 class maklumat tu...PJK

tu jer.....ingat jangan tak wat pulak

Sunday, 30 August 2009

Salam Ramadhan....

Menjalani hidup dengan sederhana,
hidup yang dihayati dan diperjuangkan.
Menjalani hidup yang damai dan tanpa kekerasan,
hidup yang menghargai perbezaan sebagai anugerah.
Menjalani hidup dengan memberi dan menerima,
hidup yang menjadi bukan memiliki.
Menjalani hidup sebagai pelajar seumur hidup,
setiap tempat adalah sekolah,
setiap orang adalah guru,
dan alam semesta sebagai buku pelajarannya.
Menjalani hidup yang berarti,
hidup yang membuat orang lain berbangga,
kerana mengenal saya.Menjalani hidup dengan penuh cinta,
dalam dunia penuh harapan,
yang diisi dengan tindakan yang penuh makna!

Tuesday, 4 August 2009

Assignment kali ni

keje.....keje....keje.....
Jom wat assignment...........

1. Kaedah ( tugasan individu )
i- Refleksi Praktikum FASA 1:
400 - 500 perkataan3 kekuatan dan 3 kelemahan semasa praktikum fasa 1.
hantar guna email pun boleh gunapost pun boleh,email us puuad
: puaad_mpti@yahoo.com.my

font: 18 -20b ( Sebelum11.7.2009)

ii- Huraikan pendekatan2 pengajaran Pendidikan Islam beserta contoh:
a - pendekatan bersepadu
b- pendekatan deduktif
c- pendekatan induktif

Dengan menggunakan jadual atau grafik( 3 perbezaan antara pendekatan tersebut)
ustaz nakbibliografi- Arial 12, spacing1.5, page:10-12 m/s- hantar bln 8

Tajuk luar - PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM .

2.MatE ( BY GROUP )
Mr Chua - Buat lesson plan in english time or mass
Mr Narmal- Buat BBM-model
hantar bln 8

3. Moral - Jenayah Siber
anto by hard or soft copy, bln 8

4- buat slaid (power point ) permainan Bola Baling - tajuk dah bagi ari tu. bln 8 kumpul

Alhamdulillah dah balik dari Pulau Sibu (Part 2)










Jam 1.30 malam baru sampai umah...penat giler, maklumlah x cukup tido...





Tapi kat sana best sangat. Start 30hb tu kitaorang bertolak gi Pulau Sibu . Sampai je kat Jeti Tanjung Leman semua kengkawan termasuk aku dah excited nak naik bot...maklumlah pernah naik bot kecik je kat Malacca dulu... Ni nak naik bot besar lak ....Nasib baik tak mabuk laut....





Kat Pulau Sibu dirikan khemah, ada aktiviti abseiling, snorkeling. tracking, "solo camping", campcraff dan memacam lagi la...








nak tengok gambo tak?












Saturday, 25 July 2009

tetiba kena ajar science year 6...

bengang tu....
Tapi demi negara yang tercinta
ku curahkan bakti penuh setia.....
cewah....
sebenarnya cian kat bebudak tu... ku pikul jua ...
Susun strategi....doa-doalah agar result UPSR diaorang ni meletup...

Nak gi PL ni...( Part 1)

29 Julai ni nak gi PL kat Pulau Sibu..
Sedih sangat sebab tariknya 29-4 ogos... adik nak kawin 1 ogos.. x dapat gi tengok dia...
cian mak , mesti mak penat....

tapi best gak gi PL ni , diaorang kata... bersedia mental dan fizikal je...
lum tau apa nak bawak ye..

Wednesday, 10 June 2009

Sifat istimewa ingatan manusia

Ramai di antara kita yang sering tertanya-tanya bagaimanakah untuk meningkatkan memori seseorang. Ada di antaranya terus mencuba untuk mecari pelbagai cara untuk mencari pelbagai cara meningkatkan keupayaan ingatan. Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak memahami atau mungkin tidak didedahkan tentang sifat semulajadi ingatan. Oleh itu kita mungkin akan lebih terpengaruh kepada pelbagai syor yang belum tentu ada keberkesannya walaupun, ada sokongan kajian saintifik. Malah ada yang mugkin akan tertipu terus dan membawa padah apabila dengan rela hati memakan suplement-suplement tambahan semata-mata untuk meningkatkan keupayaan.

Albert Einstein seorang pakar fizik ada mengatakan bahawa manusia menggunakan kurang daripada empat peratus keupayaan otak untuk mengingat.

Ingatan manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ingatan pancaindera, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan pancaindera hanya bertahan kurang daripada sesaat sahaja sesuai dengan ledakan maklumat dari seluruh pancaindera. Ingatan jangka pendek bertahan antara 10 hingga 20 saat sahaja. Fungsi ingatan ini selalunya hanyalah untuk merakam maklumat dan memerlukan kita melatih diri untuk mengingati sesuatu maklumat.

Seterusnya ialah ingatan jangka panjang akan menyimpan maklumat ini ke dalam otak dan kemudiannya akan dikeluarkan apabila kita perlu mengingat. Oleh itu otak manusia memang telah dicipta untuk mengingat.

Apa yang menjadi masalah selalunya kepada pelajar atau student cam kita ni.... kita akan melonggokkan segala maklumat pada akhir semester atau sesi persekolahan untuk peperiksaan akhir.Kita juga akan menggunakan ingatan pancaindera dan ingatan jangka pendek dengan tahap melebihi paras maksimum.

Keadaan ini akan merosakkan sistem otak kita yang sepatutnya menjalankan tugasnya secara tertib dan mengikut jeda masa yang sesuai. Jika seseorang cuba mengingat sesuatu mata pelajaran yang terlalu banyak tanpa mengikut aturan maka akan terjadi serangan panik dan akhirnya akan menyebabkan seseorang 'blank' waktu 'peksa' , penat tu baca buku.....tetiba tak ingat apa yang telah dibaca.

Harus diingat bahawa jika kita menggunakan daya ingatan kita dengan betul, otak manusia itu dengan sendirinya akan meningkatkan keupayaanya. Sebagai contoh, jika pelajar itu di dalam kelas atau sedang membaca, dia sedang menggunakan ingatan pancaindera dengan banyak. Dia akan cuba faham dan mencatat apa yang difahamkan dan bukannya menghafal semuanya.
Kalau main hafal je tapi tak faham....Hemmm.... sesia je la....

Setelah itu dia akan berlatih untuk mengingat dengan menggunakan ingatan jangka pendek. Ini akan memberi lebih banyak masa kepada otak untuk membina sel otak di bahagian ‘hippocampus’. Di bahagian inilah teletaknya ingatan jangka panjang. ‘Hippocampus’ ini didapati lebih besar kepada orang yang selalu membaca dan berfikir.

Kesimpulannya, kurangkanlah bercakap tapi banyakkan berfikir yang berfaedah....

Sunday, 7 June 2009

Dunia sekolah...........

Ni la...bebudak nakal kat class PAPM 1.....
Tapi best.......






semua bersemangat nak study...
pas tu gi main bowling lak..





bowling, bowling gak tapi KO tetap study..........

























Ni main bola jaring ke bola sepak ni???????????








bestnya zaman sekolah......................





terasa nak sekolah semula.................